Kulit seakan-akan bersisik
BUDAK IKAN di CHINA
BEIJING 31 Julai – Seorang kanak-kanak di China yang berumur lapan tahun digelar sebagai ‘ BUDAK IKAN ’ kerana mempunyai kulit yang bersisik dan gatal-gatal di seluruh anggota badan.
Pan Xianhang yang dilahirkan di Wenling, wilayah Zhejiang sebenarnya, mengidap penyakit kulit genetik yang jarang ditemui atau dikenali sebagai Ichthyosis.
Kebanyakan pesakit akan mempunyai kulit bersisik yang kering di seluruh anggota badan, tetapi kes Xianhang lebih teruk kerana telah menjejaskan bentuk mata, hidung, mulut dan telinganya, selain mengehadkan pergerakan lengan dan kaki.
Situasi itu bermaksud dia sentiasa berada dalam kesakitan dan sukar untuk tidur pada waktu malam kerana kegatalan kulitnya.
Pesakit biasanya akan dirawat dengan krim, minyak dan pelembap yang bertujuan untuk memastikan kulit tidak kering.
Namun, jurucakap bagi kumpulan Sokongan Ichthyosis yang beribu pejabat di United Kingdom, Liz Dale berkata, tidak ada ubat untuk memulihkan penyakit kulit seperti itu.
“ Apa yang biasanya dilakukan ialah memastikan kulit sentiasa lembap dengan memakai losen dank rim bagi mengelak kulit menjadi kering yang boleh menyebabkan terbentuknya sisik,” katanya.
No comments:
Post a Comment