Soalan Berkaitan PMR ( SBPMR)
Bahasa Melayu
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iatu A, B, C dan D. Bagi tiap-taip soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Semenjak demam, bayi itu asyik _____ dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.
A. Meratap
B. Meracau
C. Merungut
D. Merengek
2. Pengetua telah memberikan _____ kepada guru-guru yang terlibat dalam Kejohanan Olahraga Daerah Kinta.
A. Pelepasan
B. Percutian
C. Perhatian
D. Pelantikan
3. Muka Kak Ngah yang bakal jadi pengantin baharu itu _____ apabila diusik oleh sanak saudara.
A. Pucat lesi
B. Lemah longlai
C. Merah padam
D. Senyum sumbing
4. Para pekerja sedang bertungkus-lumus _____ kertas-kertas terpakai ke dalam lori.
A. Menghantar
B. Menyimpan
C. Memunggah
D. Mengangkut
5. Roslan makan dua _____ durian itu seorang diri sahaja.
A. Ulas
B. Biji
C. Ketul
D. Pangsa
6. Hari semakin petang, awan mula meliputi langit dan keadaan menjadi _____.
A. Kelam
B. Suram
C. Malam
D. Sebam
7. Sorakan penonton di Stadium Darul Aman _____ apabila penyerang Pahang menjaringkan gol kemenangan.
A. Riuh-rendah
B. Hiruk-pikuk
C. Gegak-gempita
D. Gilang-gemilang
Soalan 8-10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
8. I Aminah tidak dapat menjawab soalan-soalan keras daripada ayahnya.
II Kata-kata keras yang dilemparkan oleh Azura menyinggung perasaan Fara.
III Tindakan keras akan dikenakan terhadap penjaja yang tidak menjaga kebersihan.
IV Walaupun tubuhnya masih lemah, dia masih keras untuk kembali bekerja.
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
9. I Kerajaan Malaysia bercadang untuk melancarkan satu satelit lagi ke angkasa.
II Puan Balqis selalu berurut untuk melancarkan perjalanan darah ditubuhnya.
III Perdana Menteri akan melancarkan model kereta Produa Myvi yang baharu pada
minggu hadapan.
IV Janganlah kita melancarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan ibu
bapa.
A. II dan IV
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
10. I Kami sekeluarga akan pulang ke kampong jika ada kesempatan.
II “Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya,” kata penceramah
kepada para peserta kursus.
III Zariff telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada
kesempatan ruang.
IV Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan
sukar untuk bernafas.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, II dan IV
Sekian, kunjungi blogger saya lagi >>> JJJ hehe
JAWAPAN SBPMR( Bahasa Melayu )
1. D
2. A
3. C
4. C
5. D
6. A
7. C
8. B
9. B
10. A
Sekian, kunjungi blogger saya lagi >>> JJJ hehe .. Datang lagi...~~!!
No comments:
Post a Comment