sempena hari raya
Resipi azzam 13 ( kek teh ) [ biskut dan manisan ]
Ramuan :-
240 g buah-buahan kering campuran
120 g kulit limau campuran
½ cawan air teh pekat, disejukkan
180 g mentega
180 g gula perang
Kulit oren diparut dari 1-2 biji oren
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk kayu manis diayak bersama
1 sudu teh serbuk buah pala
( Sebungkus buah-buahan kering campuran 375 g boleh digunakan untuk menggantikan buah-buahan campuran dan kulit limau campuran. )
Kaedah :-
1. Buah-buahan kering dan kulit limau campuran dicincang. Rendam di dalam air teh semalaman.
2. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan kulit limau dan telur, putar sehingga sebati. Masukkan buah-buahan, kaup dan balikkan bahan-bahan kering yang telah diayak.
3. Tuang adunan ke dalam acuan kek 20 cm bulat atau segi empat yang telah disediakan dan ratakan adunan. Bakar dalam ketuharsederhana panas ( 175*C ) untuk lebih kurang 50 minit.
TIP !
ü Untuk menguji sama ada kek anda telah masak, cucuk bahagian tengah kek dengan pisau. Kalau cebisan kek melekat pada pisau bermakna ia belum masak.
[ Muka surat 13 / 21 ]
No comments:
Post a Comment