sempena hari raya
Resipi azzam 14 ( kek coklat kukus ) [ biskut dan manisan ]
Ramuan :-
Bahan [A] :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / mentega cair
1 cawan gula kastor
½ cawan susu pekat manis
Bahan [B] :
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu the soda bikarbonat
1 sudu the serbuk penaik
Bahan [C] :
3 biji telur
Hiasan Lapisan Coklat :-
250 g coklat masakan
1 sudu besar marjerin
130 ml double / whipping krim
Gula halus secukup rasa
Kaedah :-
1. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan panaskan sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan.
2. Putar vahan C hingga kembang, masukkan dalam vahan A dan kaup balikkan hingga serata.
3. Tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik dicampur dan diayak kemudian masukkan dalam bahan A+C tadi sedikit demi sedikit.
4. Masukkan adunan di dalam acuan kek yang dilapiskan dengan keranjang aluminium dan kukus selama sejam.
Cara memasak hiasan lapisan coklat :-
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler.
2. Alihkan dari api dan masukkan marjerin, gula & krim, kemudian gaul sehingga sebati.
3. Curahkan keatas kek, kemudian ratakan.
TAHUKAH ANDA ?
Coklat kaya dengan antioksidan, yang membantu mencegah penyakit jantung dan barah.
[ Muka surat 14 / 21 ]
No comments:
Post a Comment