sempena hari raya
Resipi azzam 15 ( kek sarang lebah ) [ biskut dan manisan ]
Ramuan :-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum * ( guna tepung naik sendiri )
2 sudu teh soda bikarbonat * ( digaul dan diayak )
4 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
Kaedah :-
1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata ( berhati-hati, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik ).
2. Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
3. Putar telur hingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan adunan no.1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2-3 jam.
4. Tuang dalam tin yang telah dilengser dengan mentega dan alas dasar tin ( guna tin 8 x 6 x 3 inci ) dengan keranjang aluminium, lengser juga aluminium tadi, bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170*C selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan sebelum memotong.
TIP !
Kek akan menjadi agak mampat dan tidak gebu jika anda terlalu menggaul adunan [ Muka surat 15 / 21 ]
No comments:
Post a Comment