Friday, July 26, 2013

RESIPI AZZAM 12

sempena hari raya

Resipi azzam 12 ( mi udang power ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
1 kg udang saiz L
4-5 biji telur( dipukul )
1 kg mi kuning( dicelur )
200 g sawi( dipotong sepanjang 3cm, dicelur )
200 g kubis( dihiris tebal dan dicelur )
2 keping tauhu( digoreng dan dihiris )
5 tangkai daun bawang( dihiris halus )
Sedikit limau dan daun sup untuk dihidang dengan mi

Bahan Untuk Dikisar :-
15 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
5 biji buah keras
2 ulas bawang putih

Bahan Perasa :-
10 sudu besar sos cili manis
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
Sedikit serbuk perasa
Garam dan Gula secukup rasa

Sos Kicap Cili Padi :-
10 biji cili padi
10 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka( campur bersama )

Kaedah :-
1.     Panaskan 4 sudu besar minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga minyak diasingkan.
2.     Campurkan bahan perasa dan 1.5 liter air. Didih selama 10 minit.
3.     Masukkan udang dan masak selama 3-4 minit. Tambah telur yang dipukul dan masak selama 1 minit.
4.     Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama daun sawi, kubis, tauhu goreng dan limau yang dipotong.
5.     Tambah sedikit kuah bersama udang ke atas mi dan hidangkan bersama sos kicap cili padi.

TAHUKAH ANDA ?
Sawi hijau kaya dengan Vitamin A, C, E, Folate dan Potasium yang baik untuk kesihatan.
                                  [ Muka surat 12  / 21 ]


RESIPI AZZAM 11



sempena hari raya

Resipi azzam 11 ( sotong berempah 1 malaysia ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
10 ekor sotong( saiz sederhana, bersih dan tanggalkan kulit )
½ kelapa parut
¼ sudu teh garam
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari ikan
6 biji bawang merah kecil( dihiris halus )
4 ulas bawang putih( dihiris halus )
2 tangkai serai
200 ml santan
50 ml air
Garam dan Gula secukup rasa
Serbuk Perasa

Kaedah :-
1.     Masukkan garam ke dalam kelapa parut. Isi badan sotong dengn kelapa parut.
2.     Panggang sotong diatas kuali sehingga ia bertukar warna.
3.     Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna coklat keemasan. Kemudian, masukkan rempah kurma dan kari ikan. Masak dan kacau sehingga pecah minyak dan harum.
4.     Tambah serai, santan dan air. Didih pada api rendah, masukkan serbuk perasa, garam dan gula mengikut rasa.
5.     Tuangkan bahan masakan tadi di atas sotong dan hidangkan.

TIP !
Semasa memasak sotong, aduk seketika dan perlahankan api bila memasak.

                      [ Muka surat 11  / 21 ]

Pantun 2 Baris

SELAMAT DATANG ~~ J

Khazanah Pantun Melayu Riau

PANTUN 2 BARIS

Di mana orang berhimpun,
Di sana pantun dilantun.

Di mana orang berbual,
Di sana pantun dijual.

Di mana orang berhelat,
Di sana pantun melekat.

Di mana orang berkampung,
Di sana pantun bersambung.

Di mana orang beramal,
Di sana pantun dipakai.

Di mana ada helat jamu,
Di sana pantun bertemu.

Di mana ada nikah kahwin,
Di sana pantun dijalin.

Di mana orang berunding,
Di sana pantun berganding.

Di mana orang bermuafakat,
Di sana pantun diangkat.

Di mana ada petuah,
Di sana  pantun ke tengah.

Di mana ada tunjuk ajar,
Di sana pantun didengar.

Di mana ada pendakwah,
Di sana pantun disurah.

Di mana ada adat berbilang,
Di sana pantun diulang.

Di mana adat dikaji,
Di sana  pantun berdiri.

Di mana adat dibahas,

Di sana pantun dilepas.

Hazizi hendak menyarungi jersi negara


Impian mahu menyarung jersi negara terus membara dalam diri Hazizi Mansor meskipun gagal membantu pasukannya, Selangor merealisasikan sasaran mara setidak-tidaknya ke final pertandingan futsal Sukan Malaysia ke-16.

Anak muda berusia 19 tahun yang berasal dari Sentul ini adalah antara nama yang kian meningkat naik dalam dunia futsal tanah air setelah mula mencipta nama dengan mewakili Felda KSR Cempaka dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan Felda (LFK) 2011.


Sepertimana pemain lain, Hazizi tidak mahu bakat yang ada padanya sekadar menghiasi arena futsal tempatan sebaliknya bertekad memikat hati jurulatih skuad kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki agar dia turut beroleh peluang untuk mempamer bisanya di pentas antarabangsa kelak.

“Ketika mula aktif bermain futsal sekitar usia 16 tahun saya cuma anggap ia sebagai aktiviti riadah yang sihat. Tetapi bila sudah beraksi dalam Liga Futsal Kebangsaan, mula didedahkan kepada pertandingan-pertandingan kompetitif, jurulatih kesan bakat yang ada pada saya, memberi saya galakkan, secara tidak langsung saya semakin serius untuk berjinak dengan sukan ini.

“Saya mula beraksi dengan KSR Cempaka yang beraksi dalam Liga Futsal dua tahun lalu, tahun ini saya akan mewakili MPSJ. Sebelum ini pernah dipanggil untuk skuad SUKMA Selangor pada 2011, tetapi sekadar berada dalam senarai menunggu. Hanya pada tahun ini, saya pergi pemilihan dan melekat di dalam skuad SUKMA.



“Jadi apabila sudah sampai tahap ini, beraksi di LFK, SUKMA, saya tidak mahu perjalanan saya sebagai pemain futsal terhenti di sini. Pastinya saya berharap dapat terus menunjukkan peningkatan dan berjaya untuk memikat panel kejurulatihan skuad kebangsaan. Itu adalah harapan saya dan pastinya sangat teruja jika ia menjadi kenyataan,” kata Hazizi yang menuntut dalam bidang pengurusan sukan di UNISEL Shah Alam.

Pada SUKMA ke-16 di Kuala Lumpur tahun ini, Hazizi dilabel sebagai pemain tonggak oleh jurulatihnya, Noraidiazhar Sulaiman yang menyifatkan Hazizi sebagai pemain yang mempunyai prospek untuk lebih menyerlah di masa akan datang.  

Mengenai perancangan masa depan, Hazizi yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik berkata dia bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.


Thursday, July 25, 2013

RESIPI AZZAM 10


sempena hari raya

Resipi azzam 10 ( ayam berempah citarasa malaysia ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
1.3 kg ayam( dipotong kepada 18 ketul )
6 biji bawang merah kecil( ditumbuk lumat )
2 inci halia( ditumbuk kasar )
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula

Kaedah :-
1.     Perap ayam dengan kesemua ramuan untuk 10-15 minit.
2.     Goreng ayam sehingga garing dan berwarna coklat keemasan

                                                                                          [ Muka surat 10  / 21 ]

RESIPI AZZAM 9

sempena hari raya

Resipi azzam 9 ( fiesta ria ) [ LAUk pauk ]

Ramuan :-
Bahan [A] :
8-10 ekor udang besar
1-2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Bahan [B] – Sos Cecah :
1 tangkai serai( dicincang halus )
2 helai daun limau purut
2 biji cili padi
15 g serbuk tom yam
20 g pes tom yam
1 sudu the gula
¾ cawan air
Bahan [C]- untuk memekatkan masakan :
1 sudu teh tepung jagung
3 sudu teh air( campur bersama )
4 cawan minyak masak

Kaedah :-
1.     Perap udang dengan bahan A selama 10-15 minit
2.     Untuk menyediakan sos cecah, masukkan kesemua bahan-bahan penyediaan sos ke dalam periuk dan masak selama 2 minit pada api sederhana. Kemudian pekatkan sos dengan menggunakan bahan C. Didihkan sos dan tutup api. Ketepikan sos untuk sementara.
3.     Panaskan minyak dan goreng udang yang telah diperap sehingga masak. Sajikan bersama sos cecah.

TIP  !
Untuk memastikan udang tetap segar : Simpan di dalam bekas kedap udara, dalam peti sejuk pada suhu rendah.

            [ Muka surat 9  / 21 ]

RESIPI AZZAM 8


sempena hari raya

Resipi azzam 8 ( daging masala istimewa ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
1 kg daging( dipotong kiub )
1 kg bawang merah besar( dihiris bulat )
3 tangkai serai( diketuk )
1 daun pandan
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih

Ramuan Untuk Dikisar :-
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis

Rempah Ratus :-
2 biji buah pelaga
2 kelompak bunga lawang
¾ cawan kicap pekat
1 sudu the garam
Kaedah :-
1.     Perap daging bersama rempah ratus selama 2 jam.
2.     Panaskan 5 sudu besar minyak, tumis bawang, serai, daun pandan, daun kari, bunga cengkih dan kesemua rempah ratus sehingga harum.
3.     Masukkan ramuan daging yang diperap, kicap pekat, garam dan secawan air ke dalam kuali. Setelah mendidih, perlahankan api dan reneh sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala. Ini mengambil masa kira-kira 1 hingga 1 ¼ jam ( bergantung kepada jenis daging. Jika adunan menjadi kering sebelum daging empuk, tambahkan sedikit air panas ).
4.     Daging boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi briyani.
            [ Muka surat 8  / 21 ]

TURTLE

                                  T U R T L E S !
                     
               Our Treasure

CAN YOU RECOGNIZE THE TURTLES ?

I N T R O D U C T I O N
Marine Turtles are unique marine animals, categorized as reptiles. There are 7 species of marine turtles in the world and 4 of these species land and lay their eggs on Malaysian beaches.
          However, their numbers have been declining. As such effective measures need to be taken in dealing with this problem to avoid these creatures from extinction.
T U R T L E   S P E C I E S
The four species of marine turtles found in Malaysia aree the Leatherback Turtle, Hawksbill Turtle, Green Turtle and Olive Ridley Turtle.

LEATHERBACK TURTLE ( Dermochelys coriacea )
·        The Leatherback Turtle is the largest of all turtles in the world.
·        It can reach to a length of 2m and can weigh up to 500 kg.
·        This Turtle can be recognized by its distinctive carapace marked by seven longitudinal ridges on its back, resembling a starfruit.
·        The body has a dark coloration with white spots and has a deeply notched upper jaw to help them capture jellyfish, their main food and other soft marine life.
·        Each Turtle can lay between 60 – 120 eggs.
·        Their eggs are round, with soft leathery shells and a diameter between 5.0 – 6.5 cm.
·        In Malaysia, Leatherback Turtles are found only in the state of  Terengganu and Pahang.
·        Their nesting season is between May -  August.

GREEN TURTLE ( Chelonia mydas )
·        The Green Turtle is so called because of the presence of green fat in its body.
·        Even then, its coloration is of dark brown.
·        It has an average size of about 1.2 m in length and easily weigh around 270 kg.
·        It is the only species that has a hook on both of its front swimming flippers.
·        They feed mainly on sea grass and sea weeds.
·        The nesting season is between April – September and each turtle can lay between 100 – 140 eggs per nesting.
·        Their eggs are round, with soft leathery shells and a diameter of  5.0 cm.
·        It can be found in most states except  Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor and Perlis.

HAWKSBILL TURTLE ( Eretmochelys imbricata )
·        The Hawksbill Turtle is easily recognized by the overlapping arrangement of the shell on its carapace.
·        This Turtle has a mouth that resembles a hawk’s bill, thus the name.
·        Its body length normally do not exceed more than 1 m and can weigh up to 75 kg.
·        The Hawksbill Turtle feeds mainly on sponges and soft corals and is easily found in the vicinity of coral reefs.
·        It’s body has a brown coloration with pale spots and stripes.
·        The nesting season is between March – June and can lay around 130 eggs per nesting.
·        Their eggs are round with soft leathery shell and a diameter of 5.0 cm.
·        It can be found in Terengganu, Melaka, Pahang, Johor, Sabah and Sarawak.

OLIVE RIDLEY TURTLE ( Lepidochelys olivacea )
·        The Olive Ridley Turtle is the smallest among all turtle.
·        It has an average size of 15 – 65 cm in length and weigh around 50 kg.
·        It’s  body has a dark coloration as the olive fruit.
·        It feeds mainly on crabs, shrimps and other crustaceans.
·        The nesting season is between March – June.
·        Each turtle can lay up to around 100 eggs per nesting.
·        Their eggs are round, with soft leathery shell and a diameter of 4.0 cm.
·        This species can be found in the state of  Terengganu  and  Pahang.

STATISTICS OF TURTLE LANDINGS IN MALAYSIA



WHAT YOU CAN DO TO SAVE AND PROTECT OUR MARINE TURTLES ?
1.     Do not eat turtle eggs.
2.     Do not destroy turtle’s natural habitat.
3.     Stop using fishing nets that can harm or kill turtles.
4.     Prevent oil pollution at sea.
5.     Do not throw rubbish into the sea.
6.     Avoid activities that can disturb turtles during landing and nesting periods.


Thank to you for see my blogger mostly…However, I hope too, you can see again my blogger and make my blogger is easy way for you to see it..!