Thursday, July 25, 2013

RESIPI AZZAM 8


sempena hari raya

Resipi azzam 8 ( daging masala istimewa ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
1 kg daging( dipotong kiub )
1 kg bawang merah besar( dihiris bulat )
3 tangkai serai( diketuk )
1 daun pandan
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih

Ramuan Untuk Dikisar :-
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis

Rempah Ratus :-
2 biji buah pelaga
2 kelompak bunga lawang
¾ cawan kicap pekat
1 sudu the garam
Kaedah :-
1.     Perap daging bersama rempah ratus selama 2 jam.
2.     Panaskan 5 sudu besar minyak, tumis bawang, serai, daun pandan, daun kari, bunga cengkih dan kesemua rempah ratus sehingga harum.
3.     Masukkan ramuan daging yang diperap, kicap pekat, garam dan secawan air ke dalam kuali. Setelah mendidih, perlahankan api dan reneh sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala. Ini mengambil masa kira-kira 1 hingga 1 ¼ jam ( bergantung kepada jenis daging. Jika adunan menjadi kering sebelum daging empuk, tambahkan sedikit air panas ).
4.     Daging boleh dihidangkan bersama nasi putih atau nasi briyani.
            [ Muka surat 8  / 21 ]

No comments:

Post a Comment