sempena hari raya
Resipi azzam 5 ( Daging salai dendeng abadi
) [ LAUK PAUK ]
Ramuan :-
500 g daging salai
15 biji bawang merah kecil( dihiris halus )
8 ulas bawang putih( dihiris halus )
2 inci halia( diulas )
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar perasa
½ cawan air asam jawa( dari 1 sudu besar pes asam jawa )
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Bahan
Untuk Dikisar :-
50 g cili kering( direndam )
4 biji bawang merah
Untuk
Hiasan :-
Bawang( dipotong halus )
Cili merah
Kaedah :-
1.
Tumis
bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing. Kemudian angkat dan
ketepikan.
2.
Goreng
daging salai sekejap sahaja. Kemudian angkat dan ketepikan.
3.
Panaskan
2 sudu besar minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga minyak diasingkan,
campurkan air asam jawa, kicap manis, perasa dan gula.
4.
Masukkan
daging, bawang goreng, bawang putih dan halia yang ditumis tadi. Goreng kilas
selama 1 minit dan tambahkan garam secukup rasa.
5.
Hiaskan
dengan bawang yang dipotong.
TIP !
Untuk
memotong daging :-
a) Potong arah menegak atas serat urat daging
b) Buang lemak / serat daging
[ Muka surat
5 / 21 ]
No comments:
Post a Comment