sempena hari raya
Resipi azzam 11 ( sotong
berempah 1 malaysia ) [ Lauk pauk ]
Ramuan :-
10 ekor sotong( saiz sederhana,
bersih dan tanggalkan kulit )
½ kelapa parut
¼ sudu teh garam
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari ikan
6 biji bawang merah kecil( dihiris halus )
4 ulas bawang putih( dihiris halus )
2 tangkai serai
200 ml santan
50 ml air
Garam dan Gula secukup rasa
Serbuk Perasa
Kaedah
:-
1. Masukkan garam ke dalam kelapa
parut. Isi badan sotong dengn kelapa parut.
2. Panggang sotong diatas kuali
sehingga ia bertukar warna.
3. Panaskan 2 sudu besar minyak,
tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna coklat keemasan.
Kemudian, masukkan rempah kurma dan kari ikan. Masak dan kacau sehingga pecah
minyak dan harum.
4. Tambah serai, santan dan air.
Didih pada api rendah, masukkan serbuk perasa, garam dan gula mengikut rasa.
5. Tuangkan bahan masakan tadi di
atas sotong dan hidangkan.
TIP !
Semasa
memasak sotong, aduk seketika dan perlahankan api bila memasak.
[ Muka surat 11 / 21 ]
No comments:
Post a Comment