Monday, July 8, 2013

RESIPI AZZAM 7

sempena hari raya
Resipi azzam 7 ( cincalok kukus ayam ) [ LAUk pauk ]


Ramuan :-
Bahan [A] :
500 g ayam tanpa tulang( dipotong kecil )
5 bawang merah kecil( dihiris halus )
3 biji cili padi
Bahan [B] :
2 ½ sudu besar cincalok
2 sudu teh gula
½ sudu teh lada putih / hitam
½ sudu teh kicap cair
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu minyak zaitun
Bahan [C] :
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air

Hiasan :-
Bawang( dipotong halus )
Limau
Kaedah :-
1.     Gaul bahan A bersama vahan B dalam mangkuk besar.
2.     Masukkan bahan C dan gaul rata. Sapu sedikit mentega di muka pinggan dan masukkan ayam yang digaul tadi. Pastikan pinggan yang sesuai untuk distim sahaja yang digunakan.
3.     Panaskan air dalam kuali untuk mengukus ayam pada suhu tinggi selama 10 minit.
4.     Hias dengan bawang dan limau. Sajikan panas.

            [ Muka surat 7  / 21 ]

No comments:

Post a Comment