Monday, July 8, 2013

RESIPI AZZAM 6

sempena hari raya
Resipi azzam 6 ( bawal putih 5 rasa ) [ LAUk pauk ]


Ramuan :-
Bahan [A] :
1 ekor ikan bawal putih( saiz sederhana besar )
Bahan [B] :
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ teh garam
1 sudu besar cili BOH
Bahan [C] :
2 batang serai
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah( dihiris halus )
1 ulas bawang besar( dipotong dadu )
2 biji tomato( dipotong dadu )
1 biji cili merah( dipotong dadu )
3 sudu besar minyak
Bahan [D] :
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos cili
½ cawan air
½ sudu teh garam
Kaedah :-
1.     Bersihkan ikan dan perap dengan bahan B.
2.     Goreng ikan sehingga coklat keemasan dan garing. Letak diatas pinggan.
3.     Panaskan 3 sudu besar minyak, tumis cili BOH selama 1 minit, kemudian masukkan semua bahan C. Tumis sehingga harum.
4.     Tambahkan bahan D, gaul rata dan masak sehingga kuahnya pekat untuk 2 minit.
5.     Selepas itu, tuangkan kuah pada ikan bawal yang telah digoreng.

            [ Muka surat 6  / 21 ]

No comments:

Post a Comment