Monday, July 8, 2013

RESIPI AZZAM 4

sempena hari raya
Resipi azzam 4 ( ketam tiga rasa ) [ LAUk pauk ]


Ramuan :-
6 ekor ketam saiz sederhana
2 biji tomato ( dihiris )
¼ nanas ( dipotong dadu )
10 biji cili padi ( ditumbuk kasar )
Bahan Untuk Dikisar :-
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering ( direndam )
Bahan Perasa :-
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
3 sudu besar cuka
½ cawan air
Garam secukup rasa ( campur bersama )
Hiasan :-
Daun ketumbar tomato ( dihiris )
 Kaedah :-
1.     Panaskan 4 sudu besar minyak, tumis bahan dikisar sehingga harum. Tambah cili padi dan bahan perasa yang dicampurkan. Masak sehingga didih.
2.     Tambahkan ketam dan gaul. Tutup periuk dan masak selama 3 minit atau sehingga ketam masak. Masukkan nanas dan tomato.
3.     Bila ia mula mendidih, tutup api.

                                                                                                    [ Muka surat 4 / 21 ]

No comments:

Post a Comment