Tuesday, July 9, 2013

PERTANDINGAN FUTSAL LEPAS RAYA 2013




 TERMA & SYARAT   :-
·      *  Pendaftaran sebanyak rm 120.00 untuk ( 1 ) kumpulan.
·       * Anda HARUSLAH menghantar borang,duit dan salinan IC / surat beranak photostat sebelum tarikh yang ditetapkan.
·       * Pertandingan ini tidak terhad kepada khasnya berapa kelab yang ingin memasukinya, malah, pertandingan ini terbuka kepada mana-mana kelab yang ingin menyertainya. Lagi banyak kelab yang menyertai pertandingan ini, lagi banyak hadiah atau wang ditambah lagi banyak .
·       * Borang boleh didapati daripada pihak penganjur atau laman web kami.
·       * Sekiranya anda jauh dari tempat kami, anda boleh menghantar borang melalui “ pos ” dan menghantar duit melalui “ BANK-IN ”. Jika anda hendakkan kepastian sila hubungi kami.
·       * Anda diingatkan bahawa pertandingan ini bermulanya dari “ LIGA” , selepas itu diikuti dengan perlawanan “ kalah mati ”.
·       * Sebelum jam 8.00 pagi, wakil dari kelab anda hendaklah berjumpa dengan urus setia / penganjur pertandingan untuk mencabut undian.
     Umur yang layak bermain antara 10-16 tahun sahaja, jika kami dapati bahawa tiada umur antara yang dinyatakan,kelab itu “ automatic ” tersingkir.
·       * Jika kelab mana-mana yang pernah mewakili untuk negeri atau kebangsaan, kelab anda tidak dibenarkan memasuki pertandingan ini.
·       * Permainan 5 sebelah ini bermain dengan 5 orang dan disertakan 2 pemain simpanan.
    *Semasa pertandingan ini dilangsungkan, anda berhak menukarkan pemain anda pada bila-bila masa.
·     *   Sekiranya team anda kurang dari 5 orang tidak jadi masalah, jika anda sanggup berhadapan dengan pihak lawan walaupun sedikit orang.
·      *  Jika sekiranya, pihak lawan tidak dapat hadir untuk bermain dengan kelab / pasukan anda dalam 5 minit, kelab itu berhak kami menyingkirkannya atau memberikan “ mata kemenangan ” kepada kelab / pasukan yang hadir sahaja.
·       * Jika kami mendapati bahawa anda mengambil ahli daripada kumpulan lain, kami berhak membuat keputusan untuk menyingkirkan mana-mana kelab/pasukan.
·       * Jika anda tidak menghormati / mengikut arahan pengadil / penganjur, pihak penganjur berhak membuat keputusan untuk menyingkirkan mana-mana kelab / pasukan.
·       * Anda berhak menulis anda punya butiran lengkap yang dinyatakan dalam borang.
·       * Jika ada sebarang notis /  pemberitahuan, pihak penganjur akan memberitahu melalui ketua kumpulan.
·       * Jika ada sebarang kecederaan / lain-lain, pihak kami tidak akan bertanggungjawab, jadi berwaspada semasa bermain.
·       * Jika ada sebarang keraguan atau pertanyaan sila hubungi kami.
·       * Semua terma & syarat terletak daripada pihak penganjur.

Peraturan sebelum / semasa / selepas  bermain :-
*    Anda diwajibkan memakai pakaian yang sesuai dan lengkap, contohnya memakai jersi/baju kelab anda,seluar,stoking,syn-guard,boots dan gloves(utk keeper sahaja). Jika kami dapati anda tidak memakai benda yang dinyatakan, kami berhak menentukan atau membuat keputusan.
*    Khas kepada kategori umur dari 10 tahun hingga 16 tahun.
*    Borang pertandingan haruslah dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan, pihak kami tidak akan melayani sebarang rayuan daripada anda jika anda menghantar melebihi tarikh yang ditetapkan.
*    Tidak membuat kekecohan / sebarang yang membahayakan.
*    Bermain mengikut masa yang ditetapkan oleh pengadil / penganjur.
*    Pihak penganjur berhak membuat dan menukarkan keputusan, jika dapati ada kelab / pasukan yang bermain kotor atau lain-lain.
*    Anda perlulah mengikuti keputusan pengadil sekiranya mengalami masalah-masalah yang tidak diingini.
*     Pihak penganjur berhak untuk mengambil gambar atau lain-lain daripada pihak anda untuk kami meletakkannya di sesuatu sudut.
*    Semua peraturan bermain terletak daripada pihak penganjur
Hadiah :-
TEMPAT PERTAMA : PINGAT ( setiap pemain ) + WANG TUNAI RM 1,000.00
TEMPAT KE-2 : PINGAT ( setiap pemain ) + WANG TUNAI RM 500.00
TEMPAT KE-3 : PINGAT ( setiap pemain ) + WANG TUNAI RM 150.00
TEMPAT KE-4 : PINGAT ( setiap pemain ) sahaja.



1 comment:

  1. Sila tinggalkan sebarang KOMEN yang anda hendak nyatakan kpd pihak kami ataupun call shj pihak kami...

    ReplyDelete