Monday, July 8, 2013

RESIPI AZZAM 1


sempena hari raya

Resipi azzam 1 ( AYAM BUNGA BETIK ) [ Lauk pauk ]

Ramuan :-
6 ketul paha ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
3 cili paprika ( dipotong dadu )
2 tangkai daun kari
½ cawan bunga betik
6 helai daun keduduk
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kurma
100 ml air

Bahan Untuk Dikisar :-
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Kaedah :-
1.     Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.
2.     Rebus bunga betik dengan daun keduduk selama 5 minit. Buang daun keduduk, tetapi simpan bunga betik disebelah.
3.     Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga harum, tambah daun kari, rempah kari, rempah kurma dan air. Masak selama 1 minit.
4.     Tambah sos tomato dan cili, garam dan gula mengikut rasa. Kemudian, masukkan cili paprika dan bunga betik.
5.     Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.

                                                                                             [ Muka surat 1 / 21 ]

1 comment:

  1. SILA TINGGAL KAN komen ANDA sebanyak mungkin
    yup...~~ FOLLOW saya punya blogger utk dptkan banyak info dan maklumat-maklumat terkini...!!

    ReplyDelete